Cari Blog Ini

Sabtu, 31 Mac 2012

Gloomy Sunday (Hungary Suicide Song)

Gloomy Sunday. Itulah nama kepada sebuah lagu Hungary yang didendangkan oleh seorang komposer yang bernama Rezro Seress pada tahun 1933. Lagu ini menceritakan tentang kehidupan seorang insan malang yang sedang meneruskan sisa-sisa kehidupannya. Oleh kerana lagu lirik lagu dan background muziknya yang sangat menyedihkan, ramai pendengar lagu ini mati bunuh diri.
Rezro Seress (1899-1968)

   Semasa Perang Dunia Kedua, rakaman lagu Gloomy Sunday yang asli telah hilang. Adolf Hitler juga telah mengharamkan lagu ini diputarkan dimana-mana stesen radio.

   Setelah sekian lama lagu ini tidak didendangkan, ramai komposer yang terkenal cuba mendendangkan lagu ini dengan versi tersendiri. Contohnya, Marilyn Monroe, Billie Holiday dan Billy Mackenzie.

   Lagu ini bukan sahaja memberi kesan yang buruk kepada pendengarnya sahaja, malahan komposernya pun mati bunuh diri. Pada tahun 1962, Marilyn Monroe, mati bunuh diri di rumahnya. Pada tahun 1968, komposer asal Gloomy Sunday, Rezro Seress ditemui mati bunuh diri di sebuah hospital di Budapest, Hungary. Billy Mackenzie juga turut mati bunuh diri pada tahun 1997 di rumah ayahnya.