Cari Blog Ini

Khamis, 19 April 2012

Alasan Yang Bodoh

Tahun lepas, dunia telah digemparkan dengan satu serangan yang telah mengorbankan 77 nyawa di Norway. Orang yang bertanggungjawab dalam serangan ini ialah Anders Behring Breivik, seorang militan berkulit putih yang berusia 33 tahun.




Kelmarin, beliau telah dikehadapankan ke mahkamah. Apabila ditanya sebab beliau melakukan perkara sedemikian, beliau menjawab bahawa beliau melakukannya atas alasan, beliau mahu menyelamatkan Norway daripada dikuasai Islam. Beliau turut berkata bahawa beliau akan melakukan perkara itu lagi jika berpeluang. Hakim hanya menjatuhkan penjara selama 21 tahun walhal Breivik telah mengorbankan 77 nyawa.

Inilah dunia sekarang. Umat Islam di Palestin dibunuh sesuka hati. Padahal, mereka tidak bersalah. Sedangkan orang yang membuat kesalahan yang lebih besar, hanya menerima hukuman yang ringan.

Selasa, 3 April 2012

Kemangkatan Raja Kechil Sulong Perak - Almarhum Raja Ashman ibni Sultan Azlan Muhibbuddin Shah

   Pada tarikh 30 Mac 2012 bersamaan dengan hari Jumaat yang lalu, negeri Perak telah dikejutkan dengan berita kemangkatan Raja Kechil Sulong Perak (darjat ke-4 sebelum seorang pewaris takhta menjadi sultan) iaitu Almarhum Raja Ashman Shah ibni Sultan Azlan Muhibbuddin Shah. Baginda disahkan mangkat di kediamannya disebabkan penyakit asma.
                                                         Raja Ashman Shah (1958 - 2012)

Baginda dikenali sebagai seorang raja yang kuat agama, zuhud, baik budi pekerti dan mesra rakyat. Sikap mesra rakyatnya terserlah apabila baginda sering makan bersama rakyat jelata ketika menghadiri majlis. Namun, Allah lebih menyayanginya. Baginda mangkat ketika berusia 54 tahun.