Cari Blog Ini

Sabtu, 31 Mac 2012

Gloomy Sunday (Hungary Suicide Song)

Gloomy Sunday. Itulah nama kepada sebuah lagu Hungary yang didendangkan oleh seorang komposer yang bernama Rezro Seress pada tahun 1933. Lagu ini menceritakan tentang kehidupan seorang insan malang yang sedang meneruskan sisa-sisa kehidupannya. Oleh kerana lagu lirik lagu dan background muziknya yang sangat menyedihkan, ramai pendengar lagu ini mati bunuh diri.
Rezro Seress (1899-1968)

   Semasa Perang Dunia Kedua, rakaman lagu Gloomy Sunday yang asli telah hilang. Adolf Hitler juga telah mengharamkan lagu ini diputarkan dimana-mana stesen radio.

   Setelah sekian lama lagu ini tidak didendangkan, ramai komposer yang terkenal cuba mendendangkan lagu ini dengan versi tersendiri. Contohnya, Marilyn Monroe, Billie Holiday dan Billy Mackenzie.

   Lagu ini bukan sahaja memberi kesan yang buruk kepada pendengarnya sahaja, malahan komposernya pun mati bunuh diri. Pada tahun 1962, Marilyn Monroe, mati bunuh diri di rumahnya. Pada tahun 1968, komposer asal Gloomy Sunday, Rezro Seress ditemui mati bunuh diri di sebuah hospital di Budapest, Hungary. Billy Mackenzie juga turut mati bunuh diri pada tahun 1997 di rumah ayahnya.

 

Selasa, 24 Januari 2012

Izwan Pilus Meninggal Dunia....

   Pada tanggal 20 Januari 2012 bersamaan dengan hari Jumaat, Izwan Pilus, telah kembali ke Rahmatullah.
Arwah dilaporkan meninggal dunia pada pukul 6.15 petang akibat demam kuning, jangkitan kencing tikus dan jangkitan kuman dalam darah yg serius.

   Khairil Izwan bin Pilus atau lebih dikenali sebagai Izwan Pilus telah dikejarkan ke hospital selepas mengadu sesak nafas. Pada awalnya, doktor mengesahkan Izwan Pilus menghidapi demam kuning. Tetapi, keesokan harinya, beliau dilaporkan mendapat jangkitan kencing tikus dan jangkitan kuman dalam darah.


                                                    Gambar terakhir Allahyarham Izwan Pilus

   Penyanyi yang pernah meletup dengan lagu Kembali Senyum itu tidak sempat untuk menunaikan hasrat hatinya iaitu menyambung pengajiannya ke peringkat sarjana dalam bidang penyiaran.

    Sama-samalah kita mendoakan dan sedekahkan Al-Fatihah untuknya agar roh Allahyarham tenang disana dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Amin.

Isnin, 20 Disember 2010

Sawah Padi kt Jepun

hbt btoi lar rakyat negara Jepun ni...ini mungkin hasil drpd usaha Maharaja Mikado Meiji (Maharaja Jepun yg ke 122) yg membangunkan Jepun drpd sebuah negara miskin, terus menjadi sebuah kuasa imperialis....
tgk lar, rakyat Jepun mmg kreatif.....

Ahad, 19 Disember 2010

Sabtu, 18 Disember 2010

Amalan Masyarakat Thailand

buang tebiat ke deme ni????
xde bende laen ke deme nk buat???
kalo dlm Islam, berdose ni.....
Islam mengharamkn umatnye menyakiti org laen dan menyakiti diri sendiri....

fuhh, mmg sakit giler la.